Langkau ke kandungan utama

Harga

Pilih apa yang anda perlukan. Jumlahnya muncul di bawah, dan anda tidak perlu bertanya dahulu.

Ini harga tetap, bukan anggaran yang berubah kemudian. Kalau skop berubah di pertengahan, kita bincang harga sebelum saya sambung.

Pilih pakej

Harga di bawah ialah bayaran sekali. Domain dan pelan jagaan dikira di kalkulator.

Landing Asas

RM799

bayaran sekali

Pilih gaya sedia ada, siap dalam 5 hari bekerja.

Halaman
1
Reka bentuk
Gaya sedia ada
Teks
Draf saya tulis
Pusingan semakan
1
Siap dalam
5 hari bekerja
Borang pertanyaan
Tiada
Kiraan pelawat
Tiada
Dwibahasa
+RM200
Panel admin
Tiada
Pilih pakej ini

Landing Tersuai

RM1,200

bayaran sekali

Tunjuk laman yang anda suka, dan saya reka laman baharu untuk perniagaan anda.

Halaman
1
Reka bentuk
Dari laman yang anda suka
Teks
Draf saya tulis
Pusingan semakan
2
Siap dalam
1–2 minggu
Borang pertanyaan
Ke emel anda*
Kiraan pelawat
Ya
Dwibahasa
+RM200
Panel admin
Tiada
Pilih pakej ini

Company profile

RM2,500

bayaran sekali

Lima halaman, untuk perniagaan yang pelanggannya membuat kajian dahulu.

Halaman
5
Reka bentuk
Direka khas
Teks
Draf saya tulis
Pusingan semakan
2
Siap dalam
2–4 minggu
Borang pertanyaan
Ke emel anda*
Kiraan pelawat
Ya
Dwibahasa
+RM600
Panel admin
+RM2,000
Pilih pakej ini

* Borang pertanyaan menghantar emel, jadi ia perlukan domain sendiri. Masa siap dikira dari hari kandungan lengkap diterima.

Asas atau Tersuai, apa bezanya?

Kedua-duanya satu halaman, guna kod yang sama, dan sama laju dibuka di telefon. Bezanya ialah siapa yang menentukan rupa laman itu.

Landing Asas

Anda pilih satu gaya yang sudah saya sediakan. Saya masukkan logo, warna, gambar dan maklumat perniagaan anda. Sesuai kalau anda mahu laman cepat siap, dan tidak kisah sangat bentuknya.

Landing Tersuai

Tunjuk laman yang anda suka, dari mana-mana negara pun. Mungkin warnanya, mungkin cara gambarnya disusun. Saya cari apa yang membuatkan anda suka laman itu, kemudian reka laman baharu untuk perniagaan anda, dengan teks, gambar dan logo anda sendiri. Termasuk juga borang pertanyaan ke emel anda dan kiraan pelawat.

Contoh

  • Kedai kek yang baru buka dan perlukan laman sebelum promosi Raya: Landing Asas.
  • Klinik yang mahu nampak setaraf klinik di KL, dan sudah ada laman yang dijadikan rujukan: Landing Tersuai.

Termasuk dalam setiap pakej

Tidak dicaj berasingan, kerana laman tanpa benda-benda ini bukan laman yang siap.

Sambungan selamatIkon kunci di bar alamat, jadi pelayar tidak memberi amaran "tidak selamat" kepada pelanggan anda.
Direka untuk telefon dahuluKebanyakan pelanggan anda membuka laman di telefon, jadi di situlah ia direka dahulu.
Butang WhatsAppPelanggan tekan sekali, dan WhatsApp terbuka dengan mesej yang sudah siap ditulis.
Pautan Google MapsKalau anda ada premis, alamat anda dipautkan ke Google Maps. Pelanggan tekan sekali dan terus dapat arah.
Asas SEOTajuk dan penerangan setiap halaman ditulis supaya Google boleh membaca laman anda dan memaparkannya dengan kemas.
Draf teksSaya tulis draf teks dan sediakan gambar stok kalau anda minta. Anda semak, betulkan fakta, dan luluskan.

Pelan jagaan

Bermula RM120 sebulan, ikut jenis laman. Pilihan, bukan wajib.

Landing Asas atau Landing Tersuai
RM120 sebulan
Company profile
RM350 sebulan
Company profile dengan panel admin
RM500 sebulan
Laman dengan tempahan atau tiket
Bermula RM600 sebulan

Harga tepat dalam sebut harga, selepas saya tahu berapa banyak tempahan, emel dan data yang terlibat.

Siapa bayar hosting?
Saya. Kosnya sudah ada dalam yuran jagaan bulanan anda. Laman anda duduk dalam akaun atas nama perniagaan anda, dan domain pun atas nama anda. Saya yang uruskan semuanya, jadi anda tidak perlu log masuk ke mana-mana. Kalau anda berhenti pelan jagaan, akaun itu memang sudah milik anda, jadi laman terus berjalan.
Boleh harga jagaan naik?
Tidak dalam 6 bulan pertama. Selepas itu, harga hanya berubah kalau laman anda jadi jauh lebih sibuk, contohnya tempahan naik daripada puluhan kepada ribuan sebulan. Kalau itu berlaku, saya beritahu harga baharu sebulan lebih awal. Anda boleh setuju, atau berhenti pelan jagaan dan uruskan laman itu sendiri.
Jumlah setakat iniRM2,500
1Jenis lamanPilih satu
Yang mana satu untuk anda?

Ketiga-tiganya dibina dengan cara yang sama, dengan kod yang sama. Bezanya berapa banyak yang direka khas untuk anda, dan berapa banyak soalan yang laman itu perlu jawab sebelum seseorang menghubungi anda.

Landing Asas

RM799 · 5 hari bekerja

Bila ia masuk akal
Anda perlukan laman yang kemas dengan cepat, dan bentuknya tidak perlu lain daripada yang lain.
Contoh biasa
Kedai baru buka. Perniagaan yang perlukan laman sebelum satu promosi bermusim.
Kelebihan utama
Paling cepat dan paling murah. Gaya sudah siap, jadi kerja tertumpu pada kandungan anda.
Hadnya
Susunan seksyen tetap, tiada tambahan seperti blog atau galeri, dan satu pusingan semakan.

Landing Tersuai

RM1,200 · Seminggu hingga dua

Bila ia masuk akal
Anda jual satu benda dan mahu pelawat buat satu tindakan — hubungi, tempah, atau daftar.
Contoh biasa
Iklan Facebook, Google atau TikTok yang menuding ke satu tempat. Pelancaran produk. Satu pakej atau satu promosi bermusim.
Kelebihan utama
Siap cepat, kos rendah, dan senang diukur. Satu halaman dengan satu matlamat bermakna anda tahu iklan mana yang berhasil.
Hadnya
Google hanya ada satu halaman untuk diindeks, jadi anda bersaing untuk satu set kata kunci sahaja. Kandungan panjang cepat jadi sesak.

Laman penuh

RM2,500 · Dua hingga empat minggu

Bila ia masuk akal
Anda ada beberapa servis, dan pelanggan menyelidik dahulu sebelum menghubungi sesiapa.
Contoh biasa
Klinik dengan beberapa rawatan. Firma guaman dengan beberapa bidang amalan. Hotel dengan bilik, kemudahan dan tempahan.
Kelebihan utama
Setiap halaman boleh disasarkan pada kata kuncinya sendiri, jadi ada lebih banyak pintu masuk dari Google. Ada ruang untuk FAQ, harga dan pasukan.
Hadnya
Perlu lebih banyak kandungan dari pihak anda, dan kandungan itulah yang selalunya melambatkan projek, bukan kod.

Kalau anda masih belum pasti, mula dengan landing page. Halaman boleh ditambah kemudian apabila anda tahu soalan mana yang pelanggan betul-betul tanya.

Dua jenama dalam portfolio wujud dalam kedua-dua bentuk, dibina dengan kandungan yang sama. Buka dan bandingkan sendiri. Lihat perbandingan

2BahasaPilih satu
Perlu ke dua bahasa?
Bila BM sahaja memadai
Pelanggan anda orang tempatan dan carian mereka dalam BM — makanan, kecantikan, servis rumah, kedai runcit. Menambah English tidak buka pintu masuk baru, cuma menggandakan kandungan yang perlu dijaga.
Bila English berbaloi
Carian B2B di Malaysia condong berat ke English. Guaman, perakaunan, IT, pembekal, logistik — pelanggan anda menaip dalam English walaupun bercakap BM.
Kenapa +RM200 atau +RM600
Satu halaman +RM200, lima halaman +RM600, sebab setiap halaman ditulis semula dalam bahasa kedua. Ia bukan terjemahan. Salinan setiap bahasa ditulis berasingan, sebab orang tidak mencari frasa terjemahan, mereka mencari frasa mereka sendiri. Termasuk laluan berasingan untuk setiap bahasa, supaya Google tahu versi mana untuk siapa.
3TambahanPilih seberapa banyak yang perlu
Yang mana berbaloi untuk anda?
Panel admin
Berbaloi kalau kandungan anda berubah — harga bermusim, menu, stok, waktu raya. Kalau laman anda sama sepanjang tahun, ia RM2,000 untuk butang yang anda takkan tekan. Tiga contoh dalam portfolio ada panel; buka dan cuba dahulu.
Blog atau artikel
Berbaloi kalau anda sanggup menulis. Blog yang berhenti tiga bulan lepas lebih teruk daripada tiada blog — ia beritahu pelawat perniagaan anda sudah senyap. Kalau anda tidak pasti boleh tulis sebulan sekali, langkau dahulu.
Galeri
Berbaloi bila hasil kerja anda yang menjual dan ia visual — renovasi, katering, majlis, salon, landskap. Kalau gambar anda gambar stok, ia tidak membantu sesiapa.

Perlu skop dahulu Dua ini bergantung pada penyedia dan aliran kerja anda, jadi harga tetap di sini hanya akan jadi tekaan. Ceritakan keperluan anda dan saya beri harga tetap selepas skopnya jelas. AI chatbot, Sistem tempahan — Sebut harga berasingan.

4Halaman tambahanPilihan — untuk company profile sahaja
Tiada halaman tambahan

Contoh: halaman perkhidmatan berasingan, halaman cawangan, halaman pasukan.

5DomainPilih satu
.com atau .my?
Kalau anda sudah ada satu
Tiada kos tambahan. Saya sambungkan domain anda ke laman baru dan uruskan keselamatannya. Anda kekal pemilik sepanjang masa dan akaun kekal atas nama anda.
.com
Paling dikenali, dan paling senang disebut melalui telefon tanpa perlu mengeja. Lebih sukar dapat nama pendek, sebab seluruh dunia bersaing untuk nama yang sama.
.my
Isyarat jelas bahawa anda perniagaan Malaysia, dan nama pendek masih ada.
Perlu kedua-dua?
Tidak. Satu jadi alamat utama; kalau anda sudah ada yang kedua, ia diarahkan ke situ. Membeli kedua-dua semata-mata untuk melindungi nama jarang berbaloi untuk perniagaan kecil.
Kalau belum sedia beli domain
Laman anda boleh hidup pada alamat percuma Cloudflare, dan ia berfungsi sepenuhnya. Tiga perkara yang perlu anda tahu dahulu. Emel perniagaan seperti hello@namaanda.my mustahil tanpa domain sendiri. Alamat itu milik Cloudflare, bukan anda, jadi tiada apa untuk dipindahkan kalau anda tukar orang nanti. Dan jangan cetak alamat itu pada kad nama, banner atau sticker kereta — bila anda beli domain kemudian, semua cetakan itu perlu dibuat semula, dan itu jauh lebih mahal daripada harga domain setahun.
6Selepas siapPilih satu
Apa sebenarnya dalam pelan jagaan?
Yang termasuk
Hosting diurus dan sijil SSL diperbaharui automatik, backup, pemantauan kalau laman turun, kemas kini keselamatan, dan satu jam perubahan sebulan — tukar teks, gambar, harga, waktu operasi.
Kenapa harganya berbeza ikut laman
Laman lima halaman ada lebih banyak untuk dijaga daripada satu halaman, dan panel admin menambah sokongan sebenar kerana orang bertanya cara menggunakannya.
Kalau saya urus sendiri
Anda dapat kod dan dokumen serahan: di mana ia dihos, bila domain perlu diperbaharui, dan apa yang perlu diperhatikan. Semua akaun atas nama anda, dan saya keluar dari akses selepas anda sahkan.
Boleh berhenti bila-bila?
Boleh. Tiada kontrak minimum. Beritahu saya 30 hari lebih awal, dan dalam tempoh itu saya serahkan semua akaun dan kod kepada anda.

Harganya ikut apa yang dibina. Laman lima halaman perlukan lebih jagaan daripada satu halaman, dan panel admin menambah sokongan sebenar kerana orang bertanya cara menggunakannya. Pilihan, dan boleh diberhentikan bila-bila.

Ringkasan

Bayaran sekaliRM2,500
Setiap tahunTiada
Setiap bulanTiada

Tiga angka ini komitmen yang berbeza, jadi ia sengaja tidak dijumlahkan menjadi satu.

Hantar skop ini

Bayaran sekali RM2,500. Setiap tahun Tiada. Setiap bulan Tiada.

Tidak termasuk

Dinyatakan di awal supaya tiada kejutan di pertengahan projek.

  • Logo anda, gambar premis sebenar, dan ketepatan setiap fakta tentang perniagaan anda.
  • Pusingan semakan melebihi yang termasuk dalam pakej dicaj ikut jam.
  • Jangka masa bermula bila kandungan diterima, bukan bila deposit dibayar.

Yang saya tidak buat

Integrasi pembayaran. Kalau anda perlu terima bayaran atas talian, saya bukan orang yang betul untuk kerja itu, dan lebih baik anda tahu sekarang.

WhatsApp saya