Langkau ke kandungan utama

Laman web yang laju, dan yang boleh anda tunjukkan kepada pelanggan.

Saya bina laman web untuk perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia. Kod ditulis dari kosong, dan harganya tetap sebelum kerja bermula.

Juga dijual: kad NFC Google Review, RM39 sekeping 

Saya sudah bina contoh untukklinik dan perubatan

Lihat semua 20 contoh →
Laman PRIMA MEDIKA, contoh SOLAHX untuk Klinik dan perubatan03 Siap
ContohPRIMA MEDIKA· Klinik dan perubatan

Semuanya contoh yang saya bina sendiri. Tiada satu pun klien berbayar.

// harga ikut halaman

Berapa halaman laman anda perlukan?

Seret pembaris ke bilangan halaman yang anda rasa perlu. Kad jawapan terus beritahu pakej, tempoh siap dan anggaran harga.

1halaman

Pakej anda

Landing page

Satu halaman cukup untuk satu servis dan satu tujuan: buat orang hubungi anda.

Halaman termasuk
1
Siap biasanya
1–2 minggu
Panel admin
Anggaran harga
RM1,200

Harga tetap sebelum kerja bermula. Pilihan lain ada dalam kalkulator.

Buka kalkulator penuh

// cara ia berjalan

Empat langkah, satu orang.

Anda bercakap dengan saya dari hari pertama sampai hari serahan.

  1. Anda bercerita

    Apa yang perniagaan anda buat, siapa pelanggan anda, dan apa yang anda mahu laman ini lakukan.

  2. Saya tunjuk susun atur

    Satu susun atur sebenar dengan salinan sebenar. Anda komen, saya ubah.

  3. Saya bina

    Kod ditulis dari kosong. Anda lihat pautan langsung sepanjang masa.

  4. Semuanya milik anda

    Saya serah akses dan keluar.

// selepas siap

Semuanya atas nama anda.

Domain, hosting dan emel didaftar atas nama anda. Saya keluar dari akses selepas anda sahkan, dan anda dapat dokumen serahan: di mana ia dihos, bila domain perlu diperbaharui, dan apa yang perlu diperhatikan.

Dan tiada plugin untuk dikemas kini. WordPress bergantung pada alat tambahan yang kena dikemas kini, dan bila terlepas satu, di situlah laman perniagaan kecil kena godam.

contoh siap
20
industri
18
dengan panel admin
3
plugin
0
DOKUMEN SERAHANSOLAHX

Laman anda, atas nama anda

  • Domainatas nama anda
  • Hostingatas nama anda
  • Emelatas nama anda
  • Akses SOLAHXdikeluarkan
  • Bila domain perlu diperbaharuidicatat
Kad NFC Google Review di atas kaunter kedai, dengan telefon sedang tap kad itu

Kad NFC Google Review

Pelanggan tap telefon, terus ke review Google kedai anda.

Letak kad ini di kaunter. Pelanggan tap telefon pada kad, atau imbas QR di atasnya, dan halaman review Google kedai anda terus terbuka, sedia untuk diberi bintang.

1 kad
RM39
2 kad
RM65

Harga termasuk saya setkan pautan review Google kedai anda pada kad. Caj pos dikenakan jika kad dihantar melalui pos.

// kawasan liputan

Berpangkalan di Terengganu. Berkhidmat untuk seluruh Malaysia.

Jika anda berdekatan, kita boleh berjumpa. Selebihnya dibuat dalam talian. Kita berbincang melalui panggilan video, dan anda menyemak draf laman web terus dari telefon.

Peta titik Malaysia, dengan penanda di Terengganu, tempat SOLAHX bekerja.

Terengganu

Tempat SOLAHX bekerja

Deretan rumah kedai di sebuah pekan di Malaysia waktu petang, dengan kedai makan dan klinik

Setiap laman ditulis dengan kod sendiri, oleh orang yang sama dari hari pertama sampai hari serahan.

gambar hiasan

// soalan

Soalan yang selalu ditanya

Berapa kos buat laman web di Malaysia?

Landing Asas RM799, Landing Tersuai RM1,200 dan company profile lima halaman RM2,500. Halaman harga ada kalkulator yang beri jumlah tepat untuk apa yang anda pilih, jadi anda tidak perlu bertanya dahulu. Harga tetap sebelum kerja bermula, tiada kejutan. Halaman tambahan RM350 setiap satu.

Berapa lama sampai siap?

Landing page biasanya seminggu hingga dua. Laman penuh lima hingga tujuh halaman biasanya dua hingga empat minggu. Yang paling lambat selalunya menunggu kandungan dari pihak anda, bukan kod.

Kenapa bukan WordPress?

WordPress bergantung pada alat tambahan yang kena dikemas kini. Bila terlepas satu, di situlah laman perniagaan kecil kena godam. Laman yang saya bina tiada alat tambahan langsung — tiada apa nak dikemas kini, dan tiada pintu masuk untuk penggodam. Ia juga buka lebih laju dalam telefon.

Boleh ke saya kemas kini laman sendiri?

Boleh, kalau anda ambil panel admin. Anda kemas kini harga, waktu operasi dan kandungan sendiri tanpa sentuh kod atau tunggu saya. Ia dibina sebagai sebahagian laman, jadi tiada plugin untuk dikemas kini.

Adakah laman ini akan naik dalam carian Google?

Saya siapkan asasnya supaya Google boleh jumpa dan faham setiap halaman anda, dan supaya laman itu laju di telefon. Tapi tiada siapa boleh janji kedudukan. Untuk perniagaan tempatan, profil Google Business yang lengkap dan ulasan pelanggan sebenar selalunya beri kesan lebih besar daripada berbulan-bulan kerja pada laman itu sendiri — dan saya cakap begitu walaupun ia bukan kerja yang saya dibayar.

Selepas siap, apa jadi?

Semua akaun atas nama anda, dan saya keluar dari akses selepas anda sahkan. Anda dapat dokumen serahan: di mana ia dihos, bila domain perlu diperbaharui, dan apa yang perlu diperhatikan.

WhatsApp saya